top of page

LAWATAN PENANDA ARAS


Kolej Komuniti Kuantan turut menerima kunjungan penanda aras dari agensi, jabatan dan organisasi dari luar.


Antara agensi yang pernah membuat lawatan penanda aras ke Kolej Komuniti Kuantan adalah:


1) Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS).

2) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan.


Terima kasih kepada semua yang sudi melawat kami di sini. Semoga lawatan yang dilaksanakan bermanfaat.




3) Pada 1 Oktober 2020, Kolej Komuniti Kuantan menerima kunjungan daripada Kolej Komuniti Rembau dan Politeknik METrO Tasek Gelugor bagi lawatan penanda aras EKSA. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan inspirasi dan idea untuk pelaksanaan EKSA di institusi masing-masing.


Seluruh warga kolej mengucapkan terima kasih diatas kesudian pihak Politeknik METrO Tasek Gelugor dan Kolej Komuniti Rembau kerana memilih Kolej Komuniti Kuantan untuk lawatan benchmarking ini. Kami mengucapkan selamat maju jaya dalam pelaksanaan EKSA di institusi masing-masing.



4) LAWATAN PENANDA ARAS EKSA DARI POLITEKNIK METRO KUALA LUMPUR

Kolej Komuniti Kuantan sekali lagi menerima tetamu dari Politeknik Metro Kuala Lumpur bagi Lawatan Penanda Aras Amalan EKSA. Para peserta diberikan penerangan mengenai pengalaman EKSA di Kolej Komuniti Kuantan dan dibawa melawat lokasi di sekitar Kolej Komuniti Kuantan.

5) LAWATAN PENANDA ARAS EKSA DARI POLISAS KE KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

Sekitar sesi lawatan penanda aras EKSA ke Kolej Komuniti Kuantan pada hari ini. EKSA Kolej Komuniti Kuantan telah menerima kunjungan daripada POLISAS untuk lawatan penanda aras. Seramai 33 orang pegawai dan pensyarah daripada POLISAS telah berkunjung untuk melihat pelaksanaan EKSA di kolej kami. Kunjungan yang bertujuan untuk memberikan lebih pendedahan bagi pembudayaan EKSA di organisasi mereka. Kami berbesar hati menerima kunjungan mereka. Perkongsian ilmu ini memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak. Terima kasih untuk kesudian kunjungan semua. Semoga bermanfaat.

6) Lawatan Penanda Aras EKSA ke Kolej Komuniti Kuantan

EKSA Kolej Komuniti Kuantan menerima kunjungan daripada 2 organisasi untuk lawatan penanda aras sepanjang Mei ini. 17 Mei yang lalu, seramai 25 orang jawatankuasa EKSA daripada Kolej Vokasional Kuantan yang diketuai oleh Ketua Jaminan Kualiti En Naaisham bin Mohamad, manakala pada 27 Mei, Jemaah Nazir Negeri Pahang yang di ketuai oleh Ketua Nazir Negeri, Jemaah Nazir Negeri Pahang, Pn Rohana binti Mat Yassim bersama 14 orang jawatankuasa EKSA telah berkunjung untuk melihat pelaksanaan EKSA di kolej kami. Kunjungan yang bertujuan untuk memberikan lebih pendedahan bagi pembudayaan EKSA di organisasi mereka. Kami berbesar hati menerima kunjungan kedua-duanya. Perkongsian ilmu ini memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak.


Comments


bottom of page