top of page

JAWATANKUASA KESERAGAMAN EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN


JAWATANKUASA KESERAGAMAN EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

SKOP DAN BIDANG TUGAS :

SERAGAM bermaksud sekeadaan, sebentuk dan sewarna sama ada pada ciri-ciri, susun atur atau peraturannya. Aktiviti EKSA diperingkat ini dapat dilaksanakan dengan mewujudkan keseragaman prosedur, susun atur dan piawai.


Antara panduan yang digunapakai oleh jawatankuasa ini untuk melaksanakan keseragaman secara cekap bagi pelaksanaan EKSA di Kolej Komuniti Kuantan :


i) Mewujudkan senarai semak tugasan dengan teknik 5W1H.

1. Who - Siapa yang bertanggungjawab.

2. Why - Mengapa perlu dilaksanakan.

3. When - Bila perlu dilakukan.

4. Where - Di mana perlu dilaksanakan.

5. What - Apa tindakan yang perlu diambil.

6. How - Bagaimana aktiviti dijalankan dan diseragamkan.


ii) Mewujudkan senarai semak peraturan.


iii) Mewujudkan model/aktiviti susun atur yang SERAGAM.


2. Kejayaan pelaksanaan SERAGAM diukur melalui: Mempunyai piawaian ruang tempat kerja yang lebih baik. Mempunyai impak visual yang positif. Mempunyai peraturan dan piawaian prosedur kerja (SOP).


Sehingga kini, pelaksanaannya di Kolej Komuniti Kuantan dilihat baik dan mengimpakkan kepada seluruh warga kolej.


ORGANISASI JAWATANKUASA KESERAGAMAN EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

JAWATANKUASA KESERAGAMAN

Pn. Lizawati binti Zainudin (Ketua)

Pn. Nur Fatihah Binti Che Ruzlan (Setiausaha)

En. Mohd Azmi B Abd Sukor


Pelaksanaan bagi Jawatankuasa Keseragaman EKSA Kolej Komuniti Kuantan adalah seperti yang terkandung didalam Buku Manual Pelaksanaan EKSA Kolej Komuniti Kuantan dan telah dilaksanakan di semua Zon Pengurusan & Zon Akademik.

SENARAI AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH JAWATANKUASA KESERAGAMAN EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN SEPANJANG TAHUN 2021;


EDARAN DAN AKTIVITI PENAMPALAN SEMULA KERTAS STIKER ‘X’ (KOSONGKAN) YANG TELAH ROSAK ATAU HILANG

10.03.2021


Ketua JK Keseragaman EKSA Kolej Komuniti Kuantan telah mengedarkan sebanyak 300 keping kertas stiker ‘X’ (kosongkan) pada 10.03.2021 kepada semua Ketua Kawasan EKSA. Edaran ini diadakan sebagai salah satu SOP amalan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter di tempat kerja.


IMPAK:

Penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia telah merubah kebiasaan lama kepada norma baharu. Langkah–langkah pengawalan dan pencegahan penularan dengan mengelakkan 3C dan mengamalkan 3W adalah untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

SENARAI AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH JAWATANKUASA KESERAGAMAN EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN SEPANJANG TAHUN 2019;

PEMURNIAN BUKU GARIS PANDUAN EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN EDISI 2

JULAI 2019

SENARAI AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH JAWATANKUASA KESERAGAMAN EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN SEPANJANG TAHUN 2018;

EDARAN SLIDE KESERAGAMAN TANDAS

Tarikh: 22.02.1018

Lokasi: Telegram Kolej Komuniti Kuantan


Laporan Program: Ketua JK Keseragaman EKSA Kolej Komuniti Kuantan telah mengedarkan slide keseragaman tandas di telegram kolej pada 22.02.2018. Edaran ini diadakan untuk memberikan pendedahan dan memastikan semua PIC tandas mengetahui dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.


Pencapaian/Impak: Menerusi edaran ini dapat mempertingkatkan tahap pelaksanaan keseragaman EKSA. Oleh itu tindakan penambahbaikan dapat dilaksanakan bagi mencapai objektif pelaksanaan EKSA yang telah dirancang mengikut garis panduan.


SENARAI AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH JAWATANKUASA KESERAGAMAN EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN SEPANJANG TAHUN 2017;


PERJUMPAAN DENGAN SEMUA PIC BILIK KULIAH

07 Disember 2017


Pada 7 Disember 2017, bersamaan hari Khamis yang lalu, J/K keseragaman telah menganjurkan perjumpaan dengan semua PIC bilik kuliah untuk menerangkan dan berkongsi mengenai keseragaman untuk setiap bilik kuliah. Pn.Lizawati binti Zainudin selaku Ketua J/K Keseragaman telah berjumpa dan memberitahu perancangan untuk keseragaman bilik kuliah masing-masing. Senarai PIC bilik kuliah yang terdapat di Kolej Komuniti Kuantan adalah seperti berikut:

  1. En. Mohd Fadzley Bin Mohd Shuraimi – PIC BK 1 dan BK 5

  2. Puan Nor Fauzani Binti Jumodi – PIC BK 2

  3. Puan Nurulkhazimah Binti Abdul Rahman – PIC BK 3

  4. Cik Nur Asiah Binti Md Daud – PIC BK 4

  5. En. Muhamad Hafiz Bin Abd Razak – PIC BK 6, 7 & 10

  6. Puan Siti Norlee Binti Md Nasir – PIC BK 8

  7. Puan Suriati Binti Ahmad – PIC BK 9

  8. Puan Azsyanti Binti Ibrahim – PIC BK 11

bottom of page