top of page

JAWATANKUASA LATIHAN EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN


JAWATANKUASA LATIHAN EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

SKOP DAN BIDANG TUGAS :


- Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti latihan bagi memupuk kesedaran EKSA kepada semua warga kerja dalam organisasi.

- Menentukan jenis latihan yang diperlukan d a r i m a s a k e s e m a s a b a g i mengukuhkan aktiviti pelakanaan EKSA.

- Menyelaras dan memastikan setiap warga kerja diberikan latihan EKSA secukupnya.


ORGANISASI JAWATANKUASA LATIHAN EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN


JAWATANKUASA LATIHAN

En. Muhammad Syafiq bin Mohamed Sahar (Ketua)

Pn. Nurul Aina Ulmardhiah binti Zainal Abidin (Setiausaha)

Pn. Nor Azimah binti Ismail

Pn. Nur Umira binti Mustapha

SENARAI AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH JAWATANKUASA LATIHAN EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN SEPANJANG TAHUN 2020;


PROGRAM GOTONG-ROYONG


Program gotong-royong EKSA yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Latihan pada tahun 2020 telah dijalankan sebanyak 2 kali. Program gotongg-royong kali pertama dianjurkan pada 28 Januari 2020 bertujuan sebagai persediaan bagi menghadapi Audit Dalaman EKSA Bil 1/2020. Seluruh warga kolej bekerjasama memastikan amalan EKSA dilaksanakan di kawasan masing-masing. Aktiviti yang dijalankan adalah mengemaskini tempat seliaan masing-masing iaitu bilik-bilik, ruang pejabat, mencuci tempat-tempat yang berhabuk, melengkapkan semua label-label yang tercabut, mengemaskini fail-fail dengan tersusun, kemaskini laci ditempat masing-masing dan mengemaskini papan kenyataan dengan informasi terkini.


Program gotong-royong kali ke-2 dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Latihan dan Jawatankuasa Keseragaman pada 1 Julai 2020. Program kali ke-2 ini adalah bertujuan bagi memastikan semua tanda SOP bagi membendung wabak Covid-19 dipasang sebagai persediaan operasi penuh kolej. Melalui program ini, semua kakitangan dan pelajar kolej dilibatkan bersama bagi melahirkan masyarakat yang memahami cara dan kaedah amalan EKSA yang berterusan agar pelaksanaan amalan EKSA terus menjadi amalan dikalangan kakitangan dan pelajar Kolej Komuniti Kuantan.


SENARAI AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH JAWATANKUASA LATIHAN EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN SEPANJANG TAHUN 2019;

GOTONG ROYONG PERDANA BIL 1 / 2019

“BERSIH CERIA SEBELUM PULANG”


Gotong-royong perdana ini diadakan bagi melahirkan semangat kerjasama di kalangan pelajar dan kakitangan Kolej Komuniti Kuantan. Tema “Bersih Ceria Sebelum Pulang” dipilih supaya semua bengkel, bilik kuliah dan ruang kerja ditinggalkan dalam keadaan bersih sebelum pulang bercuti. Tarikh tersebut merupakan minggu terakhir sebelum cuti semester bermula.


GOTONG ROYONG PERDANA BIL 2 / 2019

“BACK TO BASIC”


Gotong-royong perdana ini diadakan selama seminggu dimana untuk memberi ruang kepada semua kakitangan kolej beserta pelajar untuk membersihkan serta menambahbaik semula bengkel, bilik kuliah dan ruang kerja. Tema “Back to Basic” dipilih untuk imbas kembali amalan EKSA yang telah dilakukan pada awal-awal dahulu. Kakitangan kolej dan pelajar perlu kemaskini semula apa yang telah dibuat dahulu untuk mengekalkan kebersihan dan kekemasan setiap ruang kolej yang digunakan.


GOTONG ROYONG PERDANA BIL 3/2019

“KEMPEN EKSA HUJUNG TAHUN GAYA MARIE KONDO”


Bersempena hujung tahun 2019 yang telah hampir, sekali lagi gotong – royong diadakan untuk mengemas semua semua bengkel, bilik kuliah dan ruang kerja persis gaya Marie Kondo, seorang pakar perunding Jepun yang amat pandai menyusunatur ruang kerja dan rumah. Gotong –royong ini juga diadakan selama 1 minggu dimana untuk memberi ruang kepada kakitangan dan pelajar untuk mencuri masa mengemas dan membersihkan bengkel serta bilik kuliah sebelum kuliah bermula.


SENARAI AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH JAWATANKUASA LATIHAN EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN SEPANJANG TAHUN 2018;

TAKLIMAT EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM EKSA KEPADA PETUGAS KEBERSIHAN & KESELAMATAN KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

07 FEBRUARI 2018

Program ini adalah lanjutan daripada pelaksanaan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang dilaksanakan di Kolej Komuniti Kuantan. Ianya merupakan satu taklimat tentang pengenalan terhadap Amalan EKSA serta pelaksanaan Amalan Hijau ‘Go Green’ yang perlu diamalkan juga oleh setiap petugas kebersihan dan keselamatan di kolej ini. Melalui taklimat ini, semua petugas kebersihan dan keselamatan kolej dilibatkan bersama bagi melahirkan masyarakat yang memahami cara dan kaedah amalan EKSA yang berterusan agar pelaksanaan amalan EKSA terus menjadi amalan dikalangan kakitangan dan pelajar Kolej Komuniti Kuantan. Taklimat disampaikan oleh Encik Muhd Syafiq Bin Mohamed Sahar, Ketua AJK Latihan EKSA. Penglibatan petugas kebersihan khususnya dan keselamatan amnya memberi impak yang tinggi ke arah pelaksanaan EKSA kerana mereka yang melaksanakan proses kebersihan di KKKUA. Selepas taklimat, petugas kebersihan telah mula mengasingkan sisa yang boleh dikitar semula dan menjalankan proses kebersihan mengikut garis panduan EKSA Kolej Komuniti Kuantan.

GOTONG-ROYONG PERDANA SIRI 1/2018 KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

15 FEBRUARI 2018

Bagi memantapkan lagi proses pelaksanakan EKSA di KKKUA, Gotong-royong Perdana Siri 1/2018 telah dilaksanakan bagi seluruh warga kolej. Objektif gotong-royong ini adalah menyisihkan semua bahan-bahan lapuk, dan digantikan dengan templat keseragaman EKSA yang baru. Semua sudut dan lokasi dibersihkan dan diberikan layout baru oleh PIC masing- masing. Gotong-royong ini mendapat penglibatan yang baik dari para pelajar dan sedikit taklimat berkenaan EKSA diberikan diawal gotong-royong kepada para pelajar. Dengan pelaksanaan gotong-royong ini, maka setiap sudut telah dibersihkan dan diberi suasana yang lebih kondusif. Templat keseragaman EKSA telah mula dipamerkan dikebanyakan kawasan di Kolej Komunti Kuantan.


GOTONG-ROYONG KHAS EKSA 2018 KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

3 MAC 2018

Bagi memantapkan lagi proses pelaksanakan EKSA di KKKUA, Gotong-royong Khas EKSA 2018 telah dilaksanakan bagi seluruh warga kolej. Objektif gotong-royong ini adalah menyisihkan semua bahan-bahan lapuk, dan digantikan dengan templat keseragaman EKSA yang baru. Semua sudut dan lokasi dibersihkan dan diberikan layout baru oleh PIC masing- masing. Gotong-royong ini mendapat penglibatan yang baik dari para pelajar dan sedikit taklimat berkenaan EKSA diberikan diawal gotong-royong kepada para pelajar. Dengan pelaksanaan gotong-royong ini, maka setiap sudut telah dibersihkan dan diberi suasana yang lebih kondusif. Templat keseragaman EKSA telah mula dipamerkan dikebanyakan kawasan di Kolej Komunti Kuantan.

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA ADTECH KEMAMAN

KE KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

Tarikh: 30 April 2018

Lokasi: Kolej Komuniti Kuantan

Laporan Program: Seramai 13 orang kakitangan ADTEC Kemaman telah mengadakan lawatan penanda aras ke Kolej Komuniti Kuantan untuk melihat bagaimana EKSA dijalankan. Sesi perkongsian maklumat mengenai EKSA telah dijalankan di Bilik Mesyuarat dan pelawat telah dibawa melawat ke sekitar kawasan kolej bagi melihat amalan EKSA yang diterapkan di kolej.


Pencapaian/Impak: Lawatan penanda aras ini merupakan salah satu kriteria yang perlu dicapai bagi memenuhi markah audit apabila diadakan audit EKSA. Selain itu, lawatan ini juga telah mewujudkan kerjasama antara jabatan luar dan Kolej Komuniti Kuantan.


GOTONG ROYONG PERDANA BIL 3/2018

Tarikh : 10 Julai 2017 (Isnin)

Tempat : Kolej Komuniti Kuantan

Program ini adalah lanjutan daripada pelaksanaan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang dilaksanakan di Kolej Komuniti Kuantan. Ianya merupakan satu program gotong royong untuk meneruskan aktiviti perlaksanaan amalan EKSA yang akan dilaksanakan mengikut zon masing-masing. Melalui program ini, semua kakitangan dan pelajar kolej dilibatkan bersama bagi melahirkan masyarakat yang memahami cara dan kaedah amalan EKSA yang berterusan agar pelaksanaan amalan EKSA terus menjadi amalan dikalangan kakitangan dan pelajar Kolej Komuniti Kuantan.


GOTONG ROYONG PERDANA BIL 4/2018

Tarikh : 6 – 14 Disember 2018

Tempat : Kolej Komuniti Kuantan

Program ini adalah lanjutan daripada pelaksanaan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang dilaksanakan di Kolej Komuniti Kuantan.Ianya merupakan satu program gotong royong yang diadakan pada setiap awal semester untuk meneruskan aktiviti perlaksanaan amalan EKSA yang akan dilaksanakan mengikut zon masing-masing Melalui program ini, semua kakitangan dan pelajar kolej dilibatkan bersama bagi melahirkan masyarakat yang memahami cara dan kaedah amalan EKSA yang berterusan agar pelaksanaan amalan EKSA terus menjadi amalan dikalangan kakitangan dan pelajar Kolej Komuniti Kuantan.


Gotong Royong Perdana Bil 2 / 2018 kali ini telah memberi peluang bagi setiap unit / program untuk membuat penambahbaikan yang terakhir sebelum sesi Audit Dalaman EKSA yang bakal dilakukan pada 9 Januari 2019. Semua tempat menunjukkan dalam keadaan yang bersedia untuk di audit selari ke arah pengamalan EKSA secara berterusan. Diharap pada masa hadapan, semua warga kolej dapat kekal mengamalkan EKSA dengan jayanya.

SENARAI AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH JAWATANKUASA LATIHAN EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN SEPANJANG TAHUN 2017;

BENGKEL PENGENALAN & PELAKSANAAN EKSA

06 Februari 2017

Pada 6 Februari 2017, bagi memberikan kefahaman awalan kepada warga kolej tentang pelaksanaan EKSA, Bengkel pengenalan & pelaksanaan EKSA telah dilaksanakan yang melibatkan semua staf pentadbiran dan akademik KKKUA. Intipati bengkel ini adalah taklimat pengenalan dan taklimat keseragaman EKSA Taklimat pengenalan telah yang disampaikan oleh Penyelaras EKSA KKKUA iaitu Puan Marhaini binti Marhamin, dimana beliau menjelaskan tentang kepentingan dan strategi pelaksanaan EKSA kepada kolej dan seterusnya menyeru kerjasama dari semua warga KKKUA ke arah pensijilan cemerlang. Bagi taklimat keseragaman pula, ia disampaikan oleh Puan Lizawati binti Zainudin, Ketua Jawatankuasa Keseragaman EKSA dimana beliau menjelaskan tatacara keseragaman yang perlu diamalkan oleh setiap warga kolej.

CERAMAH MEMUPUK AMALAN HIJAU (GO GREEN) OLEH SWCORP

14 Februari 2017

Salah satu kriteria di dalam penilaian EKSA ialah amalan hijau di sesebuah organisasi, justeru itu AJK Latihan telah berkerjasama dengan SWCORP bagi menganjurkan Ceramah Memupuk Amalan Hijau (Go Green). Ceramah ini disampaikan oleh Cik Noraziah Binti Mohd Abidi yang dijemput khas dari SWCORP Kuantan. Beliau menyampaikan tentang kepentingan serta kaedah yang betul bagi melaksanakan amalan hijau di KKKUA. Dengan selesainya ceramah tersebut, maka kempen amalan hijau terus dilancarkan di KKKUA. AJK Latihan telah menyediakan tong sampah kitar semula bagi setiap unit pentadbiran dan akademik dan juga di setiap blok bangunan Kolej Komuniti Kuantan. Setiap warga digalakkan mula untuk mengasingkan sisa yang boleh dikitar semula ke tong sampah yang disediakan.

KEMPEN SUDUT KITAR SEMULA DI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

Mac 2017

Perletakan lokasi Sudut Kitar Semula di setiap blok bangunan Kolej Komuniti Kuantan, menerusi paparan poster dan tong/kotak yang disediakan. Ini adalah antara usaha bagi membudayakan amalan hijau dan kitar semula dikalangan warga kolej.


GOTONG-ROYONG PERDANA 2

24 Mac 2017

Bagi memantapkan lagi proses pelaksanakan EKSA di KKKUA, Gotong-royong Perdana Siri 2 telah dilaksanakan bagi seluruh warga kolej. Objektif gotong-royong ini adalah sebagai keseragaman EKSA yang baru. Semua sudut dan lokasi dibersihkan dan diberikan layout baru oleh PIC masing-masing. Gotong-royong ini mendapat penglibatan yang baik dari para pelajar dan sedikit taklimat berkenaan EKSA diberikan diawal gotong-royong kepada para pelajar. Dengan pelaksanaan program gotong-royong perdana 2 ini, maka setiap sudut telah dibersihkan dan diberi suasana yang lebih kondusif. Templat keseragaman EKSA telah mula dipamerkan di kebanyakan kawasan di Kolej Komunti Kuantan.

TAKLIMAT EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM EKSA KEPADA PETUGAS KEBERSIHAN & KESELAMATAN KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

12 April 2017

Program ini adalah lanjutan daripada pelaksanaan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang dilaksanakan di Kolej Komuniti Kuantan. Ianya merupakan satu taklimat tentang pengenalan terhadap Amalan EKSA serta pelaksanaan Amalan Hijau ‘Go Green’ yang perlu diamalkan juga oleh setiap petugas kebersihan dan keselamatan di kolej ini. Melalui taklimat ini, semua petugas kebersihan dan keselamatan kolej dilibatkan bersama bagi melahirkan masyarakat yang memahami cara dan kaedah amalan EKSA yang berterusan agar pelaksanaan amalan EKSA terus menjadi amalan dikalangan kakitangan dan pelajar Kolej Komuniti Kuantan. Taklimat disampaikan oleh Puan Nurul Aina Ulmardhiah Binti Zainal Abidin, Setiausaha AJK Latihan EKSA. Penglibatan petugas kebersihan khususnya dan keselamatan amnya memberi impak yang tinggi ke arah pelaksanaan EKSA kerana mereka yang melaksanakan proses kebersihan di KKKUA. Selepas taklimat, petugas kebersihan telah mula mengasingkan sisa yang boleh dikitar semula dan menjalankan proses kebersihan mengikut garis panduan EKSA Kolej Komuniti Kuantan.

GOTONG-ROYONG SIRI 3 KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

03 Jun 2017

Bagi memantapkan lagi proses pelaksanakan EKSA di KKKUA, Gotong-royong Perdana Siri 3 telah dilaksanakan bagi seluruh warga kolej. Objektif gotong-royong ini adalah menyisihkan semua bahan-bahan lapuk, dan digantikan dengan templat keseragaman EKSA yang baru. Semua sudut dan lokasi dibersihkan dan diberikan layout baru oleh PIC masing- masing. Gotong-royong ini mendapat penglibatan yang baik dari para pelajar dan sedikit taklimat berkenaan EKSA diberikan diawal gotong-royong kepada para pelajar. Dengan pelaksanaan gotong-royong ini, maka setiap sudut telah dibersihkan dan diberi suasana yang lebih kondusif. Templat keseragaman EKSA telah mula dipamerkan dikebanyakan kawasan di Kolej Komunti Kuantan.

TAKLIMAT MEMUPUK AMALAN HIJAU (GO GREEN) DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

06 Julai 2017


Pada 6 Julai 2017, Jawatankuasa Latihan EKSA telah menganjurkan Taklimat Memupuk Amalan Hijau (Go Green) dikalangan pelajar Kolej Komuniti Kuantan. Taklimat ini dijalankan 2 sesi iaitu Sesi 1 dihadiri pelajar kursus Sijil Operasi Perhotelan dan Sijil Kulinari manakala Sesi 2 dihadiri pelajar kursus Sijil Teknologi Senibina, Sijil Teknologi Pembuatan dan Sijil Teknologi Elektrik. Menerusi program ini, semua kakitangan dan pelajar kolej dapat memahami kepentingan amalan hijau dan kaedah pengasingan sisa pepejal yang berterusan agar pelaksanaan amalan EKSA terus menjadi amalan di kalangan kakitangan dan pelajar Kolej Komuniti Kuantan. Setiap tong kitar semula yang telah diletakkan di sekitar kolej juga telah digunakan sebaik mungkin oleh pelajar.


GOTONG-ROYONG SIRI 4 KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

21 September 2017

Aktiviti gotong-royong siri 4 telah dijalankan pada 21 September 2017 adalah lebih kepada proses pengemaskinian di semua kawasan iaitu sebagai persediaan untuk audit. Semua kakitangan dan pelajar terlibat.

TAKLIMAT EKSA BERSAMA PEKERJA KEBERSIHAN KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

02 Oktober 2017

Pada 2 Oktober 2017, sesi perbincangan bersama syarikat kebersihan dilaksanakan bagi membincangkan pelaksanaan yang akan diambil bagi melaksanakan penambahbaikan hasil dapatan penemuan selepas pelaksanaan Audit Bil 4 pada 25-27 September 2017. Perbincangan turut menekankan tindakan penambahbaikan terhadap kawasan-kawasan yang memerlukan tindakan penambahbaikan segera berdasarkan hasil penemuan audit yang dijalankan. Tindakan segera yang diambil harus dijadikan amalan untuk setiap keadaan tidak akur yang dijumpai. Peranan ahli zon dan pegawai bertanggungjawab boleh diperkemaskan lagi agar pelaksanaan EKSA lebih menyeluruh dan terperinci. Sehubungan itu, Kolej Komuniti Kuantan adalah bersedia untuk proses mendapatkan persijilan EKSA MAMPU.


TAKLIMAT PENGENALAN EKSA KEPADA PELAJAR BAHARU SEMESTER 1 SESI NOVEMBER 2017 KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

02 November 2017


Pada 2 November 2017, Jawatankuasa Latihan EKSA telah melaksanakan Taklimat Pengenalan EKSA di kalangan pelajar baru ambilan November 2017 semasa Hari Suai Kenal. Taklimat ini diadakan bagi memberi pendedahan tentang pelaksanaan EKSA di kolej ini selari dengan persediaan ke arah pensijilan EKSA. Antara perkara penting yang dikongsikan ialah amalan hijau dan kaedah pengasingan sisa pepejal yang sedang diterap dalam diri semua kakitangan dan pelajar di kolej ini. Menerusi taklimat ini, pelajar baru telah maklum tentang program EKSA yang sedang dijalankan dan memahami tentang kepentingan amalan hijau serta kaedah pengasingan sisa pepejal yang sedang diamalkan di kalangan kakitangan dan pelajar lain di kolej ini.

TAKLIMAT PENGENALAN EKSA KEPADA PELAJAR PROGRAM HOTEL KATERING DAN SESI GOTONG-ROYONG SESI NOVEMBER 2017 KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

06 November 2017


Taklimat EKSA diberikan bertujuan supaya para pelajar baharu ambilan November 2017 mendapat kesedaran mengenai persekitaran berkualiti berdasarkan amalan EKSA. Gotong-royong pula dijalankan melibatkan ruang pejabat Program Hotel Katering dan semua bilik kuliah dan bengkel. Penglibatan bagi gotong-royong kali ini melibatkan pensyarah-pensyarah Program Hotel Katering dan semua para pelajar Sijil Kulinari dan Sijil Operasi Perhotelan.



SENARAI AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH JAWATANKUASA LATIHAN EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN SEPANJANG TAHUN 2016;


LAWATAN BENCHMARKING AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) KE KOLEJ KOMUNITI PAYA BESAR

13 Mei 2016 di Kolej Komuniti Paya Besar


KK Paya Besar baru sahaja selesai menjalani proses audit dan telah banyak berkongsi pengalaman dan tunjuk ajar kepada AJK EKSA KK Kuantan untuk diterapkan di organisasi kita. Tujuan diadakan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli jawatankuasa amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) tentang gambaran sebenar keadaan sesuatu organisasi yang telah mengamalkan amalan EKSA serta penambahbaikkan yang telah dilakukan di organisasi tersebut. Fokus lawatan ini adalah di bahagian bengkel, perpustakaan dan unit pentadbiran.

GOTONG ROYONG ‘BENGKEL PENGUKUHAN AMALAN EKSA’

18 November 2016, Kolej Komuniti Kuantan


Program ini adalah lanjutan daripada pelaksanaan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang dilaksanakan di Kolej Komuniti Kuantan. Ianya merupakan satu program gotong royong untuk meneruskan aktiviti perlaksanaan amalan EKSA yang akan dilaksanakan mengikut zon masing-masing. Melalui program ini, semua kakitangan dan pelajar kolej dilibatkan bersama bagi melahirkan masyarakat yang memahami cara dan kaedah amalan EKSA yang berterusan agar pelaksanaan amalan EKSA terus menjadi amalan dikalangan kakitangan dan pelajar Kolej Komuniti Kuantan .


LAWATAN BENCHMARKING AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) KE KOLEJ KOMUNITI KOK LANAS

20 – 21 November 2016, Kolej Komuniti Kok Lanas


KK Kok Lanas mempunyai kursus pengiklanan kreatif yang menjadi penyumbang kepada idea- idea dekorasi dan susun atur yang menonjolkan imej korporat dan kemas. Tujuan diadakan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli jawatankuasa amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) tentang gambaran sebenar keadaan sesuatu organisasi yang telah mengamalkan amalan EKSA serta penambahbaikkan yang telah dilakukan di organisasi tersebut. Fokus lawatan ini adalah di bahagian bengkel, perpustakaan dan unit pentadbiran.




bottom of page