top of page

JAWATANKUASA AUDIT EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN


JAWATANKUASA AUDIT KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

SKOP DAN BIDANG TUGAS :

- Menyediakan kriteria audit dalaman EKSA.

- Menentukan kekerapaan aktiviti audit dalaman EKSA.

- Menyediakan laporan dan analisa keputusan audit dalaman EKSA.

- Menyemak kriteria audit dalaman EKSA dari masa ke semasa mengikut keperluan.


ORGANISASI JAWATANKUASA AUDIT EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

JAWATANKUASA AUDIT

Pn. Nor Fauzani binti Jumodi (Ketua)

Pn. Siti Norlee binti Md. Nasir (Setiausaha)

En. Asmawi bin Muda @ Othman

Pn. Azliza binti Yusop

En. Norhadi bin Mohd Nor

En. Jamil bin Sharipuddin

En. Rosedi bin Ibrahim

Pn. Lizawati binti Zainudin

En. Muhamad Hafiz bin Abd Razak

Pn. Marhaini binti Marhamin


SENARAI AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH JAWATANKUASA AUDIT EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN SEPANJANG TAHUN 2021;


SEKITAR AUDIT PEMANTAUAN EKSA

Tarikh: 8 - 15 Disember 2021


Terima kasih kepada pasukan Audit Dalaman EKSA menjayakan sesi Audit Pemantauan kali ini. Fokus pemantauan terhadap tahap kebersihan dan keseragaman semua ruang EKSA Kolej Komuniti Kuantan meliputi Zon Akademik dan Pengurusan.

SENARAI AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH JAWATANKUASA AUDIT EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN SEPANJANG TAHUN 2020;


AUDIT DALAMAN BIL.1/ 2020 BERSAMA JURUAUDIT LUARAN DARI KOLEJ KOMUNITI PAYA BESAR


Pada 5 hingga 6 Februari 2020 Kolej Komuniti Kuantan telah melaksanakan audit EKSA buat julung kali untuk tahun 2020. Audit EKSA pada kali ini telah berlangsung selama dua hari dengan kehadiran lima (5) orang juruaudit luaran dari Kolej Komuniti Paya Besar. Tujuan audit ini adalah untuk memperkukuhkan lagi pelaksanaan EKSA di Kolej Komuniti Kuantan bagi tahun 2020 sekaligus dapat menjalinkan hubungan baik serta KOLABORASI EKSA antara kedua-dua kolej.



SENARAI AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH JAWATANKUASA AUDIT EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN SEPANJANG TAHUN 2019;

1. AUDIT DALAMAN EKSA BIL.1/2019

15 - 17 JAN 2019


2. JURUAUDIT LUARAN BAGI PENGAUDITAN EKSA KOLEJ KOMUNITI PAYA BESAR 2019

18 APRIL 2019

3. AUDIT DALAMAN EKSA BIL.2/2019

03 - 06 SEPTEMBER 2019

SENARAI AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH JAWATANKUASA AUDIT EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN SEPANJANG TAHUN 2018;

AUDIT DALAMAN EKSA BIL 1/2018

Tarikh: 27 – 28 Februari 2018

Lokasi: Kolej Komuniti Kuantan

Laporan Program: Pada 27 – 28 Februari 2018, Jawatankuasa Audit EKSA telah mengadakan audit pertama bagi tahun 2018 di kesemua kawasan EKSA kolej. Ianya melibat kedua-dua zon iaitu Zon Akademik dan Zon Pengurusan. Beberapa penemuan telah dikenalpasti bagi tindakan penambahbaikan pelaksanaan EKSA bagi memastikan Kolej komuniti Kuantan bersedia ke arah pensijilan EKSA 2018. Sesi penutupan audit dilaksanakan melibatkan pelaporan penemuan audit kepada semua kakitangan bagi mengenalpasti tahap pelaksanaan EKSA di kolej dan tindakan penambahbaikan dapat dilaksanakan dengan kadar segera bagi persediaan audit EKSA dari pihak MAMPU yang akan berlangsung pada bila-bila masa awal tahun 2018 ini.


Pencapaian/Impak: Menerusi penemuan audit yang dilaksanakan dapat memperlihatkan tahap pelaksanaan EKSA. Oleh itu tindakan penambahbaikan dapat dilaksanakan bagi mencapai objektif pelaksanaan EKSA yang telah dirancang dan pelaksanaan EKSA berjalan dengan lancar dan jayanya.


AUDIT PENSIJILAN EKSA OLEH MAMPU

Tarikh: 5 – 6 April 2018

Lokasi: Kolej Komuniti Kuantan

Laporan Program: Pada 5 – 6 April 2018, Audit EKSA oleh pihak MAMPU telah dilaksanakan selama dua hari di Kolej Komuniti Kuantan. Pengauditan telah dilakukan oleh juruaudit dari MAMPU iaitu Encik Zulkifly bin Abdul Malek. Ianya melibat kedua-dua zon iaitu Zon Akademik dan Zon Pengurusan. Sesi penutupan audit dilaksanakan melibatkan pelaporan penemuan audit kepada semua dan sedikit penambahbaikan dikenalpasti bagi penambahbaikan tahap pelaksanaan EKSA di Kolej Komuniti Kuantan. Tindakan penambahbaikan telah dilaksanakan dan pelaporan audit telah dihantar semula ke pihak MAMPU bagi memenuhi kriteria pelaksanaan pengauditan.


Pencapaian/Impak: Audit EKSA oleh pihak MAMPU berjalan lancar dan penambahbaikan penemuan audit telah dilaksanakan. Maklumbalas menerusi audit yang dilaksanakan melayakkan Kolej Komuniti Kuantan untuk dipersijilkan.





SENARAI AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH JAWATANKUASA AUDIT EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN SEPANJANG TAHUN 2017;


AUDIT EKSA BIL 1/2017

06 - 07 April 2017

Pada 6-7 April 2017, Jawatankuasa Audit EKSA telah mengadakan audit dikesemua kawasan EKSA kolej. Ianya melibat kedua-dua zon iaitu Zon Akademik dan Zon Pengurusan. Beberapa penemuan telah dikenalpasti bagi tindakan penambahbaikan pelaksanaan EKSA bagi memastikan Kolej Komuniti Kuantan bersedia ke arah pensijilan EKSA pada penghujung tahun 2017 kelak.


Beberapa bengkel telah terpilih sebagai bengkel Best Practice. Antaranya :

Bilik Simulasi

Bilik Kuliah 11

Restoran Dandelion

Bilik Stor PHK

Dapur Komersil

KURSUS AUDIT EKSA

17 – 19 Mei 2017

Pada 17 – 19 Mei 2017, Jawatankuasa Audit EKSA telah menganjurkan Kursus Audit EKSA disertai oleh 15 orang peserta yang telah dipilih sebagai Juruaudit Dalaman EKSA. Pengisian kursus turut melibatkan sesi Taklimat Pengenalan EKSA kepada semua kakitangan oleh Pn Aziah Binti Adi Fasilitator MAMPU yang juga sebagai pengendali sepanjang kursus audit berlangsung. Sesi mock audit turut dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada pasukan juruaudit tentang kaedah pelaksanaan audit yang betul. Sesi penutupan audit turut dilaksanakan melibatkan pelaporan penemuan audit kepada semua kakitangan bagi mengenalpasti tahap pelaksanaan EKSA di Kolej. Menerusi kursus ini diharapkan semua juruaudit yang dilantik akan lebih kompeten dalam melaksanakan audit dan semua kakitangan dapat menambahbaik pelaksanaan audit di kolej bagi persediaan pensijilan EKSA pada penghujung tahun 2017.

MESYUARAT MOCK UP AUDIT EKSA

24 Mei 2017


Mock Up Audit EKSA dilaksanakan pada 24 Mei 2017 melibatkan semua jawatankuasa Induk bagi membincangkan dapatan penemuan Audit EKSA Bil 2 (Mock Audit) untuk melaksanakan penambahbaikan pelaksanaan EKSA. Semua jawatankuasa adalah bertanggungjawab untuk menggerakkan sesi penambahbaikan EKSA bagi persediaan Audit seterusnya.


PERBINCANGAN JK AUDIT BERSAMA KETUA ZON

07 Jun 2017


Pada 7 Jun 2017, sesi perbincangan bersama ketua zon dilaksanakan bagi membincangkan laporan penambahbaikan selepas pelaksanaan Audit pada 17-19 Mei 2017. Perbincangan turut menekankan tindakan pelaksanaan zon untuk memperbaiki dan menambahbaik pelaksanaan EKSA berdasarkan hasil penemuan audit yang dijalankan.


Sesi perbincangan bersama ketua zon bagi perancangan penambahbaikan pelaksanaan EKSA.

AUDIT EKSA BIL 03/2017

12 - 14 Julai 2017

Satu sesi audit dalaman EKSA Bil.03 telah dijalankan pada 12 hingga 14 Julai 2017 di Kolej Komuniti Kuantan dengan bilangan 13 orang juruaudit dalaman yang bertugas untuk meninjau pelaksanaan EKSA di ruang Zon Pengurusan dan Zon Akademik Kolej Komuniti Kuantan. Komponen A-F disemak untuk semua ruang yang wujud di Kolej Komuniti Kuantan. Penambahbaikan pada zon dibuat mengikut teguran audit yang dijalankan dalam tempoh audit susulan. Penambahbaikan dibuat berdasarkan keperluan dan kemampuan bajet zon.


AUDIT EKSA BIL 04/2017

25 - 27 September 2017

Satu sesi audit dalaman EKSA bil.04 telah dijalankan pada 25 September 2017 hingga 2 Oktober 2017 di Kolej Komuniti Kuantan dengan bilangan 16 orang juruaudit dalaman yang bertugas untuk meninjau pelaksanaan EKSA di ruang Zon Pengurusan dan Zon Akademik Kolej Komuniti Kuantan diketuai Fasilitator MAMPU yang dilantik, Puan Aziah binti Adi. Komponen A-F disemak untuk semua ruang yang wujud di Kolej Komuniti Kuantan. Penambahbaikan pada zon dibuat mengikut teguran audit yang dijalankan dalam tempoh audit susulan. Penambahbaikan dibuat berdasarkan keperluan dan kemampuan bajet zon.

PERMOHONAN RASMI PENSIJILAN EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

9 November 2017


Permohonan rasmi untuk mendapatkan pensijilan EKSA bagi Kolej Komuniti Kuantan telah dikemukakan kepada MAMPU, bersama-sama laporan audit dalam yang dibuat sebanyak 2 kali serta mencapai purata markah 80.0% ke atas pada 9 November 2017. Tarikh pengauditan MAMPU akan dimaklumkan kelak atas budi bicara dan pertimbangan pihak MAMPU. Permohonan ini akan mencorakkan perjalanan EKSA KKKUA dengan lebih progresif untuk tahun 2018. Melalui EKSA ini, seluruh warga KKKUA akan bersama-sama mengamalkan budaya kerja yang berkualiti serta membina disiplin dan etika kerja yang baik bagi menghasilkan kerja yang lebih efisien dan bersistematik. Secara tidak langsung juga, dengan amalan EKSA ini dapat memupuk semangat kerja berpasukan bukan sahaja di kalangan kakitangan malah turut melibatkan usaha sama dari pelajar-pelajar. Oleh yang demikian, diharap KKKUA akan terus mengekalkan momentum untuk melaksanakan dengan jayanya program EKSA secara konsisten dan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan warga KKKUA. Semoga usaha dan amalan ini dapat meningkatkan lagi budaya kerja positif serta mewujudkan persekitaran yang bersih, selamat dan melestarikan teknologi hijau di dalam jabatan.


bottom of page