JAWATANKUASA PROMOSI EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN
SKOP DAN BIDANG TUGAS :
- Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti promosi EKSA.
- Mengenalpasti aktiviti/kempen promosi bagi memupuk kesedaran penyertaan dalam menjayakan pelaksanaan EKSA.
- Menganalisa keberkesanan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan.
- Melaporkan status pelaksanaan aktiviti dan tahap kesedaran EKSA dikalangan warga kerja.
ORGANISASI JAWATANKUASA PROMOSI EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN
JAWATANKUASA PROMOSI
En. Muhammad Shazli Sufi Bin Che Unik (Ketua)
Pn. Roslinda binti Md Aspan (Setiausaha)
Pn. Syaizura Hani binti Abd Samat
SENARAI AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH JAWATANKUASA PROMOSI EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN SEPANJANG TAHUN 2021 ;
KEMPEN KESEDARAN EKSA (JANUARI - DISEMBER 2021)
Jawatankuasa Promosi EKSA Kolej Komuniti Kuantan giat melancarkan kempen bulanan kesedaran EKSA kepada seluruh warga kolej. Setiap bulan, kempen kesedaran yang berlainan akan diwar-warkan kepada seluruh warga kolej. Jawatankuasa ini juga sentiasa memastikan informasi EKSA dimuat naik di sudut maya EKSA Kolej Komuniti Kuantan. INOVASI PUSAT SEHENTI EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN
Inovasi 'Pusat Sehenti EKSA Kolej Komuniti Kuantan' melalui capaian laman web sudut maya sahaja kini diperluaskan kepada semua warga kolej.
Menerusi inovasi ini, mampu memudahkan hebahan pelaksanaan EKSA di Kolej Komuniti Kuantan, pencarian maklumat dan akses oleh warga kolej, pengunjung dan kemudahan audit EKSA.
SENARAI AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH JAWATANKUASA PROMOSI EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN SEPANJANG TAHUN 2020 ;
KEMPEN KESEDARAN EKSA
Jawatankuasa Promosi EKSA Kolej Komuniti Kuantan giat melancarkan kempen bulanan kesedaran EKSA kepada seluruh warga kolej. Setiap bulan, kempen kesedaran yang berlainan akan diwar-warkan kepada seluruh warga kolej. Jawatankuasa ini juga sentiasa memastikan informasi EKSA dimuat naik di sudut maya EKSA Kolej Komuniti Kuantan.
SENARAI AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH JAWATANKUASA PROMOSI EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN SEPANJANG TAHUN 2019 ;
JANUARI 2019
KEMPEN CHECKLIST AUDIT : RUANG KERJA, BILIK, BENGKEL, KEBERSIHAN
Tujuan kempen ini ialah sebagai persediaan Audit Dalaman EKSA Bil. 1/2019.
IMPAK
Kempen ini berjaya dilaksanakan, sebagai persediaan Audit Dalaman EKSA Bil. 1/2019.
FEBRUARI 2019
KEMPEN JIMATKAN PENGGUNAAN TENAGA ELEKTRIK
Tujuan kempen ini mensasarkan untuk mengurangkan kos operasi Kolej Komuniti Kuantan dengan mempraktikkan budaya berjimat cermat terutamanya dalam penggunaan tenaga elektrik. Kempen ini akan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan jika semua pihak memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing.
IMPAK
Kempen ini berjaya dilaksanakan dimana jumlah bil elektrik dilihat berkurangan.
MAC 2019
KEMPEN BAHAN KITAR SEMULA BAGI PENGHASILAN PRODUK
INOVASI/REKACIPTA
Kitar semula ialah proses memproses semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara, dan pencemaran air dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan komponen elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula.
IMPAK
Kempen ini berjaya dilaksanakan dengan adanya Pertandingan Inovasi & Rekacipta EKSA Kolej Komuniti Kuantan 2019 pada 27 Mac 2019.
PERTANDINGAN INOVASI DAN REKACIPTA EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 2019
Program pertandingan yang melibatkan pelajar dan pensyarah bagi mencungkil idea dan kreativiti menghasilkan produk yang bertemakan bahan kitar semula.
APRIL 2019
KEMPEN JIMATKAN PENGGUNAAN AIR
Air merupakan sumber asli yang terhad. Manusia sangat bergantung kepada air untuk hidup. Dengan populasi manusia yang semakin bertambah, maka keperluan terhadap bekalan air bersih juga sudah tentu meningkat. Oleh itu, setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk menjimatkan air.
IMPAK
Kempen ini berjaya dilaksanakan di mana jumlah bil air dapat dikurangkan
MEI 2019
KEMPEN SUSUN DAN SISIH RUANG DAN MEJA KERJA
Cara mudah untuk menghilangkan tekanan kerja dan melapangkan minda kita adalah dengan mengemas, dan membersihkan ruang kerja kita sebelum memulakan tugasan di waktu pagi. Perkara yang boleh berlaku apabila tempat kerja berselerak adalah: • Kehilangan dokumen penting. • Dokumen kotor dan rosak. • Tidak tahu mana dokumen masuk, dokumen dalam perhatian atau dokumen keluar.
IMPAK
Kempen ini berjaya dilaksanakan dimana semua kakitangan sama-sama menyisihkan barang-barang yang tidak perlu.
JUN 2019
KEMPEN SEBELUM BALIK KAMPUNG, CUTI SEMPENA HARI RAYA
Kempen pada bulan Jun 2019 menggariskan beberapa panduan di bawah sebelum semua pulang bercuti sempena musim perayaan ini : 1) Matikan semua suis lampu, kipas, penghawa dingin dan lain-lain peralatan elektrik seperti seterika, cerek elektrik, periuk nasi elektrik, oven elektrik dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Cabut juga plug dari soket. 2) Matikan juga suis AVR serta komputer termasuk mesin pencetak dan scanner di pejabat. 3) Pastikan semua pintu dan tingkap pejabat ditutup dan dikunci dengan selamat. 4) Pastikan tiada lubang/ruang yang membolehkan binatang liar memasuki pejabat. 5) Jika ada tempat air bertakung, hendaklah dibuang dan dibersihkan dengan segera bagi mengelak nyamuk aedes membiak. Contohnya pelapik pasu bunga. Pastikan juga tiada bekas yang mengandugi air bertakung di Pantri. Maklumlah nak cepat dah basuh pinggan mangkuk dan gelas cawan tu. Terbalikkan jangan dibiarkan terdedah. 6) Pastikan pejabat ditinggalkan dalam keadaan bersih dan bebas dari sisa makanan bagi mengelakkan kehadiran serangga/binatang perosak seperti tikus, cencorot dan lipas. 7) Tutup semua punca bekalan air (jika boleh) dan pastikan semua kepala paip ditutup sempurna bagi mengelak pembaziran. Sekiranya terdapat air menitis dari paip air setelah ditutup ketat dan tak sempat nak panggil tukang untuk 'repair' maka letakkan bekas seperti besen dan letakkan span atau kain didalamnya. Ini adalah untuk memastikan air tidak bertakung dan mengelakkan pembiakan nyamuk. 8) Pastikan semua bilik/ruang dikunci dengan baik sebelum meninggalkan pejabat.
IMPAK
Kempen ini berjaya, dilihat semua warga kolej melakukan EKSA sebelum cuti hari raya.
JULAI 2019
KEMPEN “BACK TO BASIC”
Kempen pada bulan Julai 2019 menggariskan beberapa panduan di bawah : 1) Melaksanakan aktiviti menyusun, menyisih dan menyapu bagi ruang dan kawasan kerja. 2) 'Back to basic' bagi menyusun atur ruang dan kawasan agar kembali kepada asal/sedia kala.
IMPAK
Kempen ini berjaya dengan adanya sesi pengenalan EKSA kepada pelajar baharu dan Gotong-royong Perdana EKSA kali 2/2019 telah diadakan.
OGOS 2019
KEMPEN KEMASKINI SUSUNAN FAIL
Kempen pada bulan Ogos 2019 untuk memastikan susunan fail disusun dengan baik dan teratur.
IMPAK
Kempen ini berjaya disamping persediaan Audit Dalaman EKSA Bil. 2/2019 yang akan diadakan pada 3 – 6 September 2019.
SEPTEMBER 2019
KEMPEN PERSEDIAAN AUDIT DALAMAN EKSA BIL. 2/2019
Persediaan kepada semua warga Kolej Komuniti Kuantan bagi menghadapi sesi Audit EKSA Bil 2/2019 yang akan diadakan pada 03-06 September 2019. Mohon kepada semua warga kolej untuk bersedia bagi pelaksanaan audit yang akan dilaksanakan ini.
IMPAK
Kempen ini berjaya disamping persediaan Audit Dalaman EKSA Bil. 2/2019 yang akan diadakan pada 3 – 6 September 2019.
OKTOBER 2019
KEMPEN JIMATKAN PENGGUNAAN KERTAS
Kempen pada Oktober 2019 ini menjalankan siri kempen amalan pejabat berkesan. Menerusi kempen ini, semua digalakkan menyepadukan dengan langkah penjagaan alam sekitar. Salah satu usaha melestari alam sekitar ialah dengan penjimatan kertas yang dihasilkan daripada pokok yang ditebang di seluruh dunia saban hari. Oleh itu, bagi menjayakan kempen ini semua warga Kolej Komuniti Kuantan dikehendaki mengambil langkah berjimat cermat seperti mencetak di kedua-dua muka surat kertas, memperbanyak cetakan muka surat dalam helaian yang sama, memastikan tiada kesalahan ejaan agar tidak mengulang cetak dan yang paling penting berfikir sebelum mencetak. Dokumen edaran tidak lagi dicetak justeru dikongsikan melalui aplikasi Google Drive sahaja. Jimatkan kertas. Pelihara alam sekitar.
IMPAK
Kempen ini berjaya dilaksanakan dimana ramai kakitangan lebih kerap menggunakan kertas terpakai dan juga dokumen edaran tidak lagi dicetak dan dikongsikan melalui aplikasi Google Drive.
NOVEMBER 2019
KEMPEN MENGEMASKINI PENGURUSAN ASET FIZIKAL SETIAP LOKASI
Kempen pada November 2019 ini menjalankan siri kempen mengemaskini dan menguruskan aset di bilik, lokasi dan kawasan masing-masing sempena Audit Aset diperingkat jabatan yang bakal diadakan November 2019 ini.
IMPAK
Kempen ini berjaya dilaksanakan sehingga Audit Aset Peringkat Jabatan telah diadakan pada 12-13 November 2019.
Program Pengiktirafan EKSA Individu, Unit, Program dan Ruang Kolej Komuniti Kuantan
21 November 2019
Sri Manja Boutique Hotel, Kuantan
Program pengiktifaran EKSA tahun 2019 ini telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan pengiktirafan di pelbagai tempat, kawasan dan ruang yang telah mencapai syarat EKSA sewajarnya. Tahniah kepada semua penerima. Teruskan kecemerlangan di tahun hadapan.
DISEMBER 2019
KEMPEN EKSA HUJUNG TAHUN GAYA MARIE KONDO
Kempen pada Disember 2019 ini menjalankan siri kempen mengemas dan bergotong-royong gaya Marie Kondo!
Kempen menggariskan amalan tips seperti ;
1. Tekadkan komitmen anda sebelum mula mengemas. 2. Bayangkan gaya hidup ideal pekerjaan anda. 3. Buang apa yang tidak perlu dahulu. 4. Mulakan mengemas mengikut kategori barang, bukan bilik ke bilik 5. Kemas ikut urutan. 6. Sentiasa tanya diri anda, 'adakah barangan ini membawa kegembiraan?'
IMPAK
Kempen ini berjaya memberi semua semangat untuk melaksanakannya.
SENARAI AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH JAWATANKUASA PROMOSI EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN SEPANJANG TAHUN 2018 ;
Kempen Media Sosial EKSA KKK
Januari 2018
Kempen ini sekali lagi, mempromosikan agar semua warga Kolej Komuniti Kuantan, cakna kepada promosi pelaksanaan EKSA di alam maya. Dimohon untuk semua warga kolej 'like facebook' rasmi EKSA dan Sudut Maya EKSA di pautan berikut :
https://www.facebook.com/EKSAKolejKomunitiKuantan/
dan
https://shyzs8.wixsite.com/eksakkkua
Kempen Hapuskan Stiker Dan Tulisan Itu
Februari 2018
Kempen pada bulan ini menggariskan untuk memadamkan kesemua tulisan pada stiker aset lama di semua aset alih di Kolej Komuniti Kuantan ini.
Kempen Lapor dan Baiki
Mac 2018
Kempen pada bulan ini menggariskan semua warga kolej untuk membuat pemantauan dan pelaporan kepada sebarang kerosakan yang berlaku kepada lokasi/bilik seliaan masing-masing di Kolej Komuniti Kuantan ini.
Kempen Penjimatan Tenaga Elektrik
April 2018
LANGKAH-LANGKAH PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK
Laraskan suhu bilik pada 24°C. Bilik yang mempunyai suhu < 24°C dianggap terlalu sejuk. Dalam keadaan ini, ‘compressor’ bagi alat penghawa dingin akan menggunakan tenaga yang lebih banyak bagi mencapai suhu yang rendah.
Padamkan lampu atau penghawa dingin apabila tidak digunakan atau keluar dari pejabat untuk jangka masa yang panjang.
Menguatkuasakan waktu ON dan OFF sistem elektrik di pejabat seperti waktu rehat (1-2 petang) dan mematikan bekalan selepas waktu bekerja (5 petang). Tutup tingkap dan pintu apabila menggunakan penghawa dingin.
Menjalankan penyelenggaraan berkala untuk penghawa dingin dan peralatan elektrik. Penyelenggaraan berkala dapat memastikan penghawa dingin dan peralatan elektrik berada dalam keadaan baik dan mencapai keupayaan yang maksima.
Memastikan ‘setting’ monitor computer dalam keadaan ‘sleep mode’ apabila tidak digunakan untuk jangka masayang singkat dan mematikan terus jika tidak digunakan untuk jangka masa yang lama. Komputer dalam setting ‘sleep mode’ akan menggunakan tenaga elektrik yang lebih rendah.
Menggalakkan penggunaan monitor computer jenis LCD berbanding monitor jenis CRT. Monitor jenis CRT menggunakan lebih tenaga elektrik berbanding monitor jens LCD.
Laporan Program: Kempen pada bulan April 2018 ini menggariskan agar setiap warga kolej mengamalkan amalan penjimatan elektrik apabila berada di sini. Pencapaian/Impak: Kempen ini tidak memberi kesan kerana bil elektrik pada bulan April agak tinggi. Namun penggunaan tinggi kerana banyak aktiviti berlangsung pada bulan ini pada waktu malam dan hujung minggu. Usaha penjimatan akan dilaksanakan sentiasa.
Kempen Jimat Air
Mei 2018
Kempen pada bulan Mei 2018, menggariskan untuk penggunaan air secara berhemah dan mengelakkan pembaziran air. Objektif kempen ini bertujuan untuk memastikan kadar bayaran bil air dapat dikurangkan.
CARA MENJIMATKAN AIR DI PEJABAT/ORGANISASI Gunakan air dengan berhemah Tandas dan bilik air • Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memlih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah. • Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari. • Sentiasa melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran. • Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air bewarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan. • Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah. • Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman. • Tutup pancuran mandian ketika bersabun. • Sinki • Jangan biarkan air mengalir. Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas. • Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air. Tanaman/landskap • Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan. • Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan. • Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah. • Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca. • Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air. • Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak. • Pastikan ketinggian rumput di taman lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan. • Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar dan tepi pejabat serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap. • Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman. Dapur/pantri • Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki. • Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis. • Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk. • Cuci sayur- sayuran, buah- buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir. Garaj kenderaan jabatan • Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan pengunaan salur getah. • Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya. Cara-Cara Menjimatkan Air • Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda. • Sentisa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di pejabat untuk mengelakkan sebarang kebocoran. • Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta. • Galakkan aktiviti- aktiviti kesedaran dan penjimatan air di pejabat anda. • Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air. • Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, ditaman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.
Kempen Mobile E Waste
Jun 2018
Kempen EKSA Jun 2018 Kolej Komuniti Kuantan menyokong usaha Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Objektif kempen ini,menggalakkan Kempen Mobile E-Waste, iaitu sebuah kempen untuk mengumpul sisa mobile seperti handphone, tablet,charger dan sebagainya yang telah rosak untuk dilupuskan dengan cara yang betul.
IMPAK
Kempen ini berjaya membantu Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dengan mengumpulkan mobile e-waste dan dihantar ke Pejabat SKMM cawangan Kuantan.
Kempen Sisih dan Susun
Julai 2018
Kempen ini menggariskan semua warga kerja dan pelajar Kolej Komuniti Kuantan, kembali kepada perkara asas kita ; Mari menyisih dan menyusun barang, ruang atau peralatan ke tempat sepatutnya.
IMPAK
Program telah berlangsung dengan jayanya disamping sebagai pengenalan amalan EKSA Kolej Komuniti Kuantan kepada pelajar baharu juga sebagai panduan kepada pengendalian pengurusan yang lebih baik kepada pelaksanaan EKSA di Kolej Komuniti Kuantan.
Kempen Bilik Kuliah Indah
Ogos 2018
Kempen EKSA Ogos 2018 ini menggariskan semua warga kerja dan pelajar Kolej Komuniti Kuantan, agar bersama-sama berganding bahu mengindahkan bilik kuliah sedia ada dan meningkatkan fungsinya kepada lebih baik.
IMPAK
Program telah berlangsung dengan jayanya disamping sebagai pengenalan amalan EKSA Kolej Komuniti Kuantan kepada pelajar baharu juga sebagai panduan kepada pengendalian pengurusan yang lebih baik kepada pelaksanaan EKSA di Kolej Komuniti Kuantan.
Kempen Dilarang Membuang Sampah Merata-rata
September 2018
Kempen EKSA September 2018 ini menggariskan supaya tidak membuang sampah merata-rata. Semua warga kerja dan pelajar Kolej Komuniti Kuantan, dimohon agar bersama-sama berganding bahu menjaga kebersihan ruang kerja dan persekitaran kolej dengan membuang ke dalam tong sampah!
IMPAK
Kempen ini mencapai objektifnya kerana didapati sampah tidak dibuang merata-rata.
Kempen Selenggara Tandas Kita
Oktober 2018
Kempen EKSA Oktober 2018 ini menggariskan semua warga kerja dan pelajar Kolej Komuniti Kuantan, agar bersama-sama berganding bahu menjaga kebersihan tandas dan membuat laporan/penyelenggaraan kepada tandas masing-masing. Objektif kempen ini supaya tiada lagi masalah tandas rosak dan tidak diselenggara di kolej. Antara aspek yang perlu dilaksanakan :
1. Menjaga kebersihan tandas.
2. Memastikan semua peralatan kebersihan di dalam tandas lengkap.
3. Memastikan tandas tidak berbau busuk.
4. Memastikan tiada kebocoran pada paip dan sinki.
5. Memastikan 'water cistern' tandas tiada lelehan air dan berfungsi dengan baik.
6. Memastikan sinki/perangkap lantai tandas tidak tersumbat.
7. Memastikan dinding tandas tiada contengan dan sinki tiada kesan karatan.
IMPAK
Kempen ini berjaya kerana didapati Unit Pembangunan telah membaikpulih semua kerosakan pada tandas di kolej.
Kempen Jom EKSA
November 2018
Kempen EKSA November 2018 ini menggariskan semua warga kerja dan pelajar Kolej Komuniti Kuantan, agar bersama-sama berganding bahu melaksanakan amalan EKSA. Objektif kempen ini supaya bersedia untuk menghadapi sesi audit EKSA dalaman yang akan dilaksanakan pada Disember 2018 nanti . Antara aspek yang perlu dilaksanakan :
1. Menyisih dan menyusun ruang kerja dan bilik seliaan. 2. Memastikan ruang dan kawasan kerja besih dan kemas.
Program Pengiktirafan EKSA Individu, Unit, Program dan Ruang Kolej Komuniti Kuantan
30 November 2018
Sri Manja Boutique Hotel, Kuantan
Program pengiktifaran EKSA tahun 2018 ini telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan pengiktirafan di pelbagai tempat, kawasan dan ruang yang telah mencapai syarat EKSA sewajarnya. Tahniah kepada semua penerima. Teruskan kecemerlangan di tahun hadapan.
Kempen Jom EKSA Surau/Bilik Solat
Disember 2018
Kempen EKSA Disember 2018 ini dilaksanakan untuk menjadikan surau/bilik solat tempat yang selesa untuk beribadat.
SENARAI AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH JAWATANKUASA PROMOSI EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN SEPANJANG TAHUN 2017 ;
Kempen Baca Dan Hadamkan
Januari 2017
Program ini diadakan bertujuan agar kakitangan menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Selain itu, tujuan kempen ini bertujuan agar semua kakitangan membaca dan memahami serta mendalami apa itu EKSA.
Kempen Jom Jimat
Februari 2017
Kempen Jom Jimat merupakan program utama yang dijalankan di Kolej Komuniti Kuantan. Inisiatif penganjuran program ini dibuat dalam usaha membudayakan Amalan EKSA dalam kalangan warga Kolej Komuniti Kuantan. Kempen Jom Jimat mensasarkan untuk mengurangkan kos operasi Kolej Komuniti Kuantan dengan mempraktikkan budaya berjimat cermat terutamanya dalam penggunaan tenaga elektrik, air dan bekalan kertas. Kempen ini akan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan jika semua pihak memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Kempen Sisih Dan Susun Habis-Habisan
Mac 2017
Program ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk jabatan merealisasikan pengiktirafan EKSA. Selain itu, program ini juga bertujuan supaya setiap setiap program/unit di kolej berkeadaan kemas, tersusun dan teratur bagi memudahkan kerja-kerja harian dilakukan dengan mudah.
Kempen Ke Arah Persijilan EKSA
April 2017
Kempen EKSA April 2017 Kolej Komuniti Kuantan menjurus kepada pelaksanaan audit. Audit Dalaman EKSA yang dijadualkan pada 6 & 7 April ini akan dijalankan oleh JK Audit EKSA.
Kempen Tandas Bersih Dan Sihat
Mei 2017
Kempen EKSA Kolej Komuniti Kuantan bulan Mei 2017 menggariskan perkongsian tandas yang bersih dan sihat. Ayuh semua warga Kolej Komuniti Kuantan, mari kita mewujudkan persekitaran tandas yang sihat dan baik.
Kempen Papan Notis
Jun 2017
Kempen EKSA Kolej Komuniti Kuantan Jun 2017, menyarankan agar papan notis seliaan di semua kawasan di Kolej Komuniti Kuantan dapat dilaksana penyelenggaraannya dengan baik, kerana ianya juga melibatkan pemarkahan di dalam sesi audit EKSA.
Kempen Ke arah Pensijilan EKSA
Julai 2017
Kempen EKSA Kolej Komuniti Kuantan bulan Julai 2017 menggariskan persediaan dalam aspek bagi menuju ke arah pensijilan EKSA. Ayuh semua warga Kolej Komuniti Kuantan, mari kita mewujudkan persekitaran dan pembudayaan ke arah pensijilan.
Kempen Ke arah Pensijilan EKSA Menerusi Persediaan Senarai Semak Audit
Ogos 2017
Kempen EKSA Kolej Komuniti Kuantan bulan Ogos 2017 menggariskan senarai semak persediaan audit yang bakal berlangsung dan semoga mencapai keputusan dan markah yang memenuhi kriteria bagi mendapatkan pensijilan EKSA.
Kempen Like Facebook dan Layari Laman Sudut Maya EKSA Kolej Komuniti Kuantan
September 2017
Kempen EKSA Kolej Komuniti Kuantan bulan September 2017 menggariskan agar semua warga Kolej Komuniti Kuantan untuk Like Facebook dan melayari laman sudut maya EKSA Kolej Komuniti Kuantan sebagai sokongan dan informasi semasa dan terkini pelaksanaan EKSA di Kolej Komuniti Kuantan.
Kempen Ke arah Pengurusan Stor dan Rak Yang Baik
Oktober 2017
Kempen EKSA Kolej Komuniti Kuantan bulan Oktober 2017 menggariskan ke arah pengurusan stor dan rak yang baik. Kempen ini telah berjaya dilaksanakan. Disamping itu dengan adanya kempen ini telah membantu melakukan penambaikan hasil dari teguran Audit Dalaman EKSA Bil. 4.
Kempen Mikro Kerosakan
November 2017
Kempen Mikro Sifar Kerosakan. Jom kita semak semua kawasan dan persekitaran masing-masing, cepat-cepatlah semua cakna, ambil tindakan, laporkan dan usahakan pembaikannya. Kempen ini telah berjaya membantu ke arah penyempurnaan Audit EKSA.
Kempen Pengemaskinian Fail dan Dokumen
Disember 2017
Kempen Pengemaskinian Fail Dan Dokumen menggariskan untuk mengemaskini fail dan dokumen jawatankuasa masing-masing bagi tahun 2017 ini serta perancangan tahun 2018. Kempen ini telah berjaya membantu ke arah penyempurnaan Audit EKSA.
Pelancaran Manual EKSA Dan Penyerahan Manual EKSA Kepada Pengarah Kolej Komuniti Kuantan
06 April 2017
Sesi pelancaran manual EKSA telah dilancarkan oleh pengarah Kolej Komuniti Kuantan di majlis perhimpunan bulanan April 2017. Seterusnya sesi penyerahan manual tersebut turut dilaksanakan, disampaikan oleh Penyelaras EKSA Kolej Komuniti Kuantan, Puan Marhaini Binti Marhamin kepada pengarah. Pengarah turut menyokong pelaksanaan EKSA di Kolej Komuniti Kuantan dan mendoakan semoga kami berjaya memperolehi pensijilan.
Pertandingan Inovasi dan Rekacipta EKSA Amalan Hijau 2017 Kolej Komuniti Kuantan
08 September 2017, Dewan Kolej Komuniti Kuantan
Pertandingan yang dilaksanakan dikalangan warga pelajar dengan bimbingan pensyarah Kolej Komuniti Kuantan bagi memupuk amalan hijau menerusi penghasilan produk dari barangan terpakai. Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat.
PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN AMALAN EKSA KEPADA WARGA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 2017
Januari - Disember 2017, Kolej Komuniti Kuantan
Pengiktirafan kepada individu, jawatankuasa dan unit/program kepada semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan amalan EKSA di Kolej Komuniti Kuantan.
SENARAI AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH JAWATANKUASA PROMOSI EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN SEPANJANG TAHUN 2016 ;
PERTANDINGAN REKABENTUK LOGO EKSA 2016
14 April – 25 April 2016, Dewan Besar Kolej Komuniti Kuantan
Pada kempen ini, JK Unit Promosi memulakan agenda pada tahun ini dengan melaksanakan dan memulakan langkah melaksanakan EKSA dengan menganjurkan Pertandingan Merekabentuk Logo EKSA Kolej Komuniti Kuantan. Setiap zon kawasan di Kolej Komuniti Kuantan diwajibkan untuk menghantar minima 2 penyertaan. Mereka diberikan tempoh selama 2 minggu untuk menghasilkan rekabentuk tersebut berdasarkan syarat dan terma dan penilaian telah dilaksanakan oleh 3 orang dari pengurusan tertinggi kolej. Secara keseluruhannya, pertandingan telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat kerjasama daripada semua kakitangan menerusi 23 penyertaan daripada zon kawasan yang terlibat. 3 pemenang utama telah dikenalpasti dan hanya pemenang tempat pertama sahaja, logonya telah dipilih untuk digunapakai di dalam setiap aktiviti EKSA Kolej Komuniti Kuantan secara rasminya. Logo ini telah pun dilancarkan dengan rasminya oleh Pengarah Kolej Komuniti Kuantan di Perhimpunan Bulanan April 2016 Kelolaan Program Teknologi Elektrik. Semua peserta yang menghantar penyertaan menerima sijil penghargaan daripada penganjur. Berikut ialah senarai pemenang ;
Tempat pertama : Cik Diniha Hidayah Binti Abdul Manan (Kawasan Unit Pengajian Am)
Tempat kedua : Puan Jawariyah Binti Abdul Ja’afar (Kawasan Senibina)
Tempat ketiga : Cik Khatijah Binti Jamaludin (Kawasan Elektrik)
MENYISIH ELEMEN 5S
05 Oktober – 25 Oktober 2016, Kolej Komuniti Kuantan
Pada kempen ini, JK Unit Promosi meneruskan agenda pada kali ini dengan melaksanakan kempen “ Menyisih Elemen 5S “. Setiap zon kawasan di Kolej Komuniti Kuantan diwajibkan untuk menyisihkan semua elemen 5S yang berada di meja, unit/program, ruang kerja dan bengkel masing-masing. Pemantauan dari JK Promosi akan dilakukan pada 26 Oktober 2016.
TIDY UP YOUR CABLE
02 November – 25 November 2016, Kolej Komuniti Kuantan
Pada kempen ini, JK Unit Promosi meneruskan Siri kempen EKSA November 2016 Tidy Up Your Cable dengan mengemaskini dan mencantikkan jaringan pendawaian elektrikal di kubikel, bilik dan bengkel masing-masing. *Tertakluk kepada peraturan dan etika keselamatan elektrikal yang baik