top of page

PENGENALAN EKSA KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

LATAR BELAKANG

EKSA telah diamalkan di sektor kerajaan dan swasta untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif dan mengekalkan imej korporat. Amalan ini dapat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal selain daripada berupaya mengurangkan pembaziran dari segi masa dan ruang. Secara langsung, kos operasi dapat dijimatkan. Imej korporat yang dipamerkan dalam pelaksanaan EKSA di Kolej Komuniti Kuantan adalah merangkumi perkara berikut:

  1. Persekitaran semua peringkat ruang pejabat adalah sentiasa pada tahap yang bersih, kemas dan selamat mengikut piawaian yang ditetapkan.

  2. Keseragaman pelabelan adalah meliputi warna yang sama untuk semua zon, material bersesuaian dan berlaminat jika perlu.

  3. Keseragaman warna penandaan dan material yang digunakan.


PENGENALAN EKSA

EKSA merupakan penjenamaan semula konsep Amalan 5S oleh Pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia) untuk digunapakai dan diamalkan di sektor awam. Penjenamaan semula ini mula digerakkan pada tahun 2016 bertujuan untuk meningkatkan prestasi antara agensi kerajaan, mewujudkan identiti sendiri mengikut acuan tempatan, memperagakan imej baru agensi sektor awam, kekal relevan dan memenuhi keperluan semasa iaitu penjimatan tenaga dan kitar semula. Diantara tujuan penjenamaan semula EKSA adalah seperti berikut :


Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:

Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.


Dalam konteks Kolej Komuniti Kuantan, pensijilan EKSA mampu meningkatkan mutu kerja serta kredibiliti institusi dalam memberi perkhidmatan pendidikan yang terbaik kepada pelanggan di dalam mahupun luar institusi. Melalui EKSA, Kolej Komuniti Kuantan mampu membina jenama yang tersendiri sebagai pemberi perkhidmatan pendidikan TVET yang terbaik di rantau ini. Kesimpulannya, EKSA yang akan dilaksanakan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif terutamanya di Kolej Komuniti Kuantan.


FAEDAH PENGAMALAN EKSA

Faedah pengamalan EKSA dapat dizahirkan seperti rajah berikut:

KUNCI KEJAYAAN EKSA

Pelaksanaan EKSA dan kejayaannya adalah bergantung kepada elemen-elemen seperti di bawah :


bottom of page